Siri Petunia Hulahoop

Ketinggian: 20-25 cm

Sesuai Untuk Cuaca Panas

Siri "Hulahoop" adalah Petunia Picotee jenis Falcon yang amat awal berbunga - beberapa hari lebih awal berbanding siri Picotee yang lain. Siri ini mempunyai prestasi yang cemerlang untuk tanaman luaran dengan pembungaan yang banyak dan percabangan yang padat. Seperti Petunia dwi warna yang lain, siri "Hulahoop" ini sensitif terhadap persekitaran pertumbuhan dan dalam sesetengah keadaan, warna dan coraknya mungkin akan berubah. Suhu tanah yang optimum, kelembapan serta nutrien yang mencukupi adalah penting bagi memastikan pertumbuhan yang baik. Mempunyai prestasi yang terbukti untuk penanaman dalam pek dan juga taman. Boleh didapati dalam 5 warna berlainan dan juga 1 formula campuran.

Mix
Rose
Blue
Burgundy
Red
Velvet